Tuesday, November 30, 2010

the red house

this was from you. i kept this blogpost.

Pada suatu hari aku jalan-jalan , jln-jln dan terjumpa 1 rumah, rumah itu cantik, comel, secomel penghuninya, ada suka duka di rumah itu, warna merah cat nya.Agak besar gak umahnya.

Di luar tampak ceria umah merahnya itu,comel upanyer penghuninya tp wajahnya agak keruh spt sdg bersedih, sedih mengharungi hari kot. Lama aku memerhati dan aku seperti memahami kesedihan si penghuninya, walau wajahnya keruh tapi ku memberanikan diri mencuba juga untuk menegurnya.

Dia tidak kenal aku,orang yang suka berjalan-jalan, melihat rumah2 orang dan suka menegur orang-orang yang aku rasa sama denganku. Ku mencuba membuka perbualan dengannya, saja ku menegur agar dia tidak berasa sedih.

Dari perteguran yang tidak seberapa, dia menjawab segembira mungkin, mungkin tidak mahu aku membaca kisahnya dan keganjilan. Aku menghulur tangan untuk berkenalan, nasib baik si penghuni umah merah ini baik owgnya, dia seikhlas mungkin berbual dan berjabat tangan dengan pelancong asing seperti aku.

Aku mencuba bawa dia keluar dari umah merah dia sekejab, mungkin umah merah itu tempat kesayangannya, tapi aku xmahu dia sunyi di situ dan mungkin juga dia sedih di situ. Aku bawa dia keluar melihat matahari yg terang, merasa deruan angin dan merasa tenang dengan bunyian air mengalir mahupun membiarkan dia seronok mendengar kicauan burung.

Kami bersama berbual di bawah sepohon pokok yang comel dan sesekali juga di taman binaan kami supaya dia mahupun aku boleh berbaik dan menjadi sahabat yang sempurna supaya dia xrasa aku nih pelancong asing yg jauh.




Kekeruhan wajahnya sedikit terubat, aku sudah mula nampak senyuman comelnya itu, wah bangga sekejab dengan usaha tak seberapa aku. Dia mula percaya pelancong asing seperti aku ini, yang baru dikenalinya dalam masa yang singkat. Dia mula berkongsi berita kekeruhan dirinya di rumah merahnya itu.

Aku mencuba sehabis baik menjadi pendengar yang setia dan sesekali memberi nasihat. Kadang-kadang nasihat berupa epal, ciuman, senyuman dan teringin gak nak bg bunga kat dia. Nk bagi bunga? ha..ha...tak berani sebenarnya...aku takut dia xambil bunga aku, lg takut dia xsuka dan campak bunga berwarna comel dariku itu.Wait? napa nak bg bunga tiba2 lak...ko kan baru kenal dia wahai diri? Itu aku tahu...tapi aku rasa ada sst yg menarik minat aku kpd si penghuni umah merah ini, so spt rasa nk bg bunga kat dia plak...

Xpela if dia tak terima pn xpe, asal dia tersenyum itupun sudah cukup, dapat berbual di bawah pohon comel dan taman buatan kami ini sebenarnya sudah cukup dan bermakna. Senyuman dia itu telah menampakkan kejujurannya, kemurnian dan keikhlasan hatinya.

Bila dia balik ke rumah merah dia dan aman di dalamnya, aku seringkali kembali ke sana memerhatikannya, melihat dari jendela2 comelnya, takut2 dia melihat ke luar, dengan ini aku boleh melihat wajah comelnya.

Entah mengapa, aku rasa dia istimewa...entah mengapa aku rasa ada sst yg berharga yg ada padanya yg mana aku mahu kongsi bersamanya...itu pun jika aku mampu.

Namun itu semua cuma pengharapan...dan aku xkisah...yang aku kisah sekarang adalah...senyuman mu wahai penghuni umah merah...kau kena senyum k...aku suka dan rindu pada senyuman mu itu...kadang2 ku termimpi akan senyuman mu itu...

: )



No comments: